kenali Saya

My photo
hi name saya azwatie.just call me wawa.... saya belajar di uum amek ijazah sarjana muda perbankkan.. anak ke3 dari 5 adik beradik.. saya seorang yang pendiam..hehehe..pendiam le sangat tapi law ade kawan yg sekepala hilang semua pendiamnye,, saya paling sayang family saya..bcoz tanpa mereka siapalah saya..:)

Thursday, 4 October 2012

tokoh usahawan yang berjaya

halo...
skang nie rase nak cakap pasal tokoh usahawan berjaya
terlintas nak tulis pasal Tan sri syed mokhtar Al bukhary
sebenarnya aku dapat assignment sem nie,dimana aku mesti pilih satu tokoh ushawan yang berjaya
dah alang2 aku wat assignment n aku nak jugak la masukkan kat blog..mana la taw boleh bagi info kat kowang...




Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari merupakan Bumiputera yang paling  kaya dalam Malaysia dengan aset yang dimiliki beliau sebanyak 167 Bilion,Nama beliau amat masyur baik didalam negara mahupun diluar negara.beliau merupakan tokoh simbolik yang memegang falsafah bahawa" pendidikan tidak menjamin kejayaan dalam hidup,tetapi bekerja keras"

Tan Sri syed Mokhtar Al bukhari dilahirkan ke dalam keluarga kelas pertegahan rendah di utara Pada tahun Semenanjung Malaysia.Keluarganya berasal dari Hadhramaut Yemen,.Bapa beliau merupakan pengembara.
Pada tahun1946 bapanya mendirikan rumah tangga. Tn Sri Syed Mokhtar merupakan anak ketiga daripada 7orang adik beradik. Beliau hidup dalam keadaan yang serba kekurangan sehinggakan rumah kayunaya yang terletak di kampung Hutan Keriang tidak mempunya katil,meja mahupun kerusi sehinggakan beliau sukar untuk menelaah pelajaran,

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari memulakan pelajarannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9tahun.Beliau dihantar tinggal di Johor  bersama dengan bapa saudara beliau,Syed Omar.Beliau tinggal berada disitu sehingga berusia 14ahun.kemudian beliau pulang ke alor Setar dan menyambung pelajaran hingga ke tingkatan 5. beliau mendapat pendidikan sehingga tingkatan5 dan tiddak pernah ke universiti.
Tetapi ini tidak bermakna dia tidak mempunyai pengetahuan. banyak pengetahuan dan pengalaman yang beliau peroleh melalui pengalaman hidup.
Disebabkan latar belakang yang serba kekurangan ,Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari terpaksa melangkah ke dunia bekerja dalam kehidupan awal beliau.Beliau membantu ibunya menanam dan menjual sayur sayuran di pasar dan menjual roti canai. Bijak dalam angka ,bapa beliau meminta bantuan dlam buku simpanan harian.



selepas tamat pengajian,beliau membantu bapanya dalam perniagaan lembu perternakan tetapi perniagaan muflis akibat penyakit kaki dan mulut. Walaubagaimanapun,beliau mengambil alih dan mula menjual daging.beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar alor setar bagi membeli daging yang tidak terjual kemudian beliau membungkus daging bersama ais dan menjual kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran di sekitar Alor Setar,Berkat hasil beliau,beliau berjaya dalam bidang itu dan mula mengembangkan dan memjukan diri dalam dunia perniagaan.




daripada perniagaan menjual daging,beliau beralih kepada perniagaan pengangkutan.Pada tahun 1972 beliau berjaya mendapat permit bagi 4buah lori kelas A.beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110000 daripada pihak MARA yang digunakan bagi membeli 2 buah lori Mercedes.Beliau menggunakan lori tersebut bagi memulakan perniagaan beras, Pada tahun 1975 beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras dari lembaga padi Negara.Beliau berjaya mendapat kontark bagi membekalkan beras ke pihak FELDA,MARA senama ,Pernas Edar dan juga Sergam Sdn.Bhd iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomo Negeri Johor.




beliau mengembangkan perniagaan bermula dari bidang komoditi ke pengangkutan,beliau kemudian melangkah ke sektor pembuatan.Ini kerana kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi bagi pihak Kementerian Pertahanan. beliau kemudiannya menubuhkan 2buah syarikat iaituAmtk Holding bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian,

Apabila Amtek Holding disenaraikan di papn kedua Bursa saham Kuala Lumpur pada 1977,beliau menggunakan wangi membeli spark manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. 

sekitar Tahun 80an Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari menumpukan usaha kepada bidang  yang membawa tuah kepada nya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporant bumiputera yang terkaya dimalaysia.Karier perniagaannya mula dikenali pada awal90an di johor. Beliau amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan.beliau adalah salah seorang manuia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan tanjung Pelepas johor.Kejayaannya dapat .Kejayaanya daat dilihat dengan perusahaannya sebanyak 90% ke atas Seaport Terminal johor sdn Bhd tahun 1993.

Tan Sri Syed juga merupakan pemilik kepada syarikat Gulf international Investment Group Capital yang mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal di Malaysia.Tan Sri Syed Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai,johor.
 Secara persendirian Tan Sri syed Mokhtar memiliki 2100MW tapak "gas fired" di Tanjung Bin,Johor.Beliau juga mempunyai kepentingan didalam PERNAS dimana Tan Sri Syed Mokhtar memiliki 32% saham melalui syarikat Restu Jerneh.Beliau juga turut memiliki kepentingan didalam Fiamma Holding Berhad dimana terdapat 18.68% saham diperoleh melalui Syarikat Perdana padu Sdn Bhd dan corak Kukuh Sdn.Bhd miliknya Tan Sri Syed Mokhtar merupakan Ahli lembaga Pengarah Syarikat Bina Puri Holding Berha dimana beliau merupakan pemegang saham secara individu sebanyak 7.34%
Walaupun menjadi hartawan yang disegani ,sifat rendah diri yang dimilik beliau membuatnya tidak pernah lupa dan bersyukur akan nikmat allah.Malah beliau mengingatkan supaya berhati-hati dengan nikmat kurniaan allah. dimana pesan Tan Sri Syed MOkhtar Al Bukhari "kadang-kadang nikmat yang kita dapat boleh merosakkan kita,Kita kena kawal supaya nikmat tidak merosakkan kita. Yayasan Al Bukhary menjadi tempat untuk mendapatkan lebihan yang boleh merosakkan diri kita.
Yayasan Al Bukhary yang diasaskan beliau telah membina dan menguruskanMuzium kesenian Islam bernilai RM70juta di Kuala Lumpur.Yayasan Al Bukhary membelanjakan lebih RM300juta bagi aktiviti keagamaan,kebudayaan dan pendidikan.Selain itu,juga membiayai pelajar miskin.



Bagi menghargai sumbangan beliau dan jasa bakti,beliau dianugerahkan ingat dan darjah kebesaran antaranya Panglima setia Mahota (P.S.M) oleh DYMM seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri dan Dato Setia mahkota Kedah ( D.S.D.K) oleh KDYMM sultan kedah yang membawa gelaran Dato'
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan. Beliau juga merupakan seorang yang berhati-hati dalam perniagaan terutama soal pembellian dan pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat dan projek.Beliau seolah olah memikirkan kepentingan orang ramai terutama Bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan pening dalam perniagaan .Beliau memiliki peribdi unggul yang wajar dicontohi semua pihak.



p/s: so aku amat berbangga dengan beliau 

walaupun sibuk dalm menguruskan dan mengembangkan perniagaan beliau tidak pernah lupa akan tanggungjawab beliau sebagai seoarang muslim dan sering membantu orang lain.


THANK FOR READING

1 comment: